Dengan Buku, Luaskan Mindamu

Rasulullah pernah berkata: "Manusia itu diumpamakan seperti unta. Daripada 100 ekor unta, belum tentu ada seekor yang dapat dijadikan tunggangan". Tidak ada yang lebih baik dari 1000 perkara, melainkan manusia. Biar pun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, tetapi cita-cita manusia jangan pernah padamkan.

1.

Kiraan Pelawat

Blog Followers

3.

Pengunjung misteri rumah Mona

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA dan ZAINI SAMSU HADI



RUMAH Mona Fandey di Kampung Peruas, Ulu Dong
dekat Raub yang dipenuhi semak-samun.




RAUB - Rumah tempat berlakunya kes pembunuhan ngeri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang dikerat 18 bahagian pada 1993 kini dikatakan menimbulkan misteri kerana ada pengunjung menjelang tengah malam.

Diterangi cahaya lilin, sekali-sekala kedengaran seperti suara manusia walaupun amat perlahan tanpa diketahui berapa ramai yang berada di rumah yang terletak di Kampung Peruas, Ulu Dong itu.

Kemunculan penghuni misteri di rumah milik Maznah Ismail atau dikenali sebagai Mona Fandey itu dikatakan bukannya setiap malam, tetapi hanya pada malam-malam tertentu yang tidak dapat dipastikan identitinya.

Siapa mereka, tiada yang tahu kerana penduduk lebih senang mengambil sikap berdiam diri kerana bimbang ia menimbulkan perasaan takut terutama di kalangan kanak-kanak.

Seorang penduduk tempatan yang ditemui, Abdul Hadi Fuad, 41, mendakwa, mereka yang pernah ternampak atau terdengar kedatangan penghuni misteri ke rumah tersebut tidak akan mengulas mengenainya.


SEORANG penduduk menunjukkan laluan ke arah rumah Mona Fandey.



"Kami anggap mereka yang datang itu hanyalah golongan penagih dadah atau pemuja nombor ekor kerana orang biasa tidak akan ke situ pada tengah malam.

"Keadaan rumah tersebut juga semakin hari semakin teruk dan kini dipenuhi semak-samun," katanya.

Menurut Abdul Hadi, walaupun cerita kes pembunuhan ngeri itu telah menjadi sejarah, suasana di kampung tersebut mengalami perubahan mendadak selepas setahun kemudian.

"Dulu kami tidak kisah hendak keluar malam untuk ke mana-mana tanpa ada halangan dan kenderaan pun banyak yang keluar masuk walaupun hari telah gelap.

"Sekarang senario begitu sudah tidak wujud lagi malah sebelum pukul 5 petang lagi, kampung ini sudah sunyi sepi dan anak-anak pun tak dibenarkan bermain di luar rumah," ceritanya yang tinggal selang tiga pintu dari rumah tinggal tersebut.

Kes pembunuhan ngeri itu telah menjadikan kampung tersebut dikenali ramai ekoran liputan meluas yang diberi oleh pihak media.

Pembunuhan itu dilakukan oleh seorang bomoh wanita ilmu hitam, Mona Fandey, 37, bersama suaminya, Nor Affendy Abdul Rahman, 36, serta pembantunya, Juraimi Husin, 23.

Ketiga-tiga mereka didapati bersalah membunuh ADUN tersebut dengan mayatnya dikerat kepada 18 bahagian dan semua mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 2002.

Sementara itu, ketua kampung berkenaan, Jamaludin Husin berkata, cerita-cerita mengenai wujudnya pengunjung dan cahaya tersebut tiada kaitan dengan perkara-perkara yang tahyul.

"Sebaliknya, kemungkinan besar mereka adalah penagih dadah yang mengambil kesempatan kerana tidak ada siapa yang berani pergi ke rumah tersebut pada waktu malam," jelasnya.

Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa memantau keadaan di rumah tersebut atau memusnahkannya sahaja.

----

MONA FANDEY



Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini.

Nama asalnya Maznah Ismail.
Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.

Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.


Sapa yang kata "mungkin sebelum mati dia sempat taubat", tak tau ke ayat terakhir dia sebelum dia digantung? "AKU TAKKAN MATI".

Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 185 bermaksud: "Setiap yang hidup akan menemui mati".

kata Syeikh Ibrahim Al Laqani dlm kitabnya Jauharah Tauhid..siapa yang mati tidak nampak dia bertaubat maka urusannya kepada Allah..siapa kita untuk kate dia tidak sempat bertaubat?kata Imam nawawi dlm syarah hadis yg keempat dlm kitab Arbain nawawi..kate Nabi Muhammad:boleh jadi seseorang diantara kamu melakukan amalan ahli neraka seumur hidupnya sehingga jaraknye dengan neraka sehasta tetapi akhir hayat dia melakukan amalan kebaikan maka SYURGA baginya..






GAMBAR RAJAH di atas membawa banyak cerita dalam kes Mona Fandey. Nak tahu apa yang tersirat dalam gambar rajah ini. Nanti aku ceritakan...

Gambar rajah itu adalah keratan badan jasad Datuk Mazlan idris yang dipotong 18 bahagian.
Memang mengerikan.

Dermalah seikhlas hati

Iklan Blog Lain

2.

Tentang Penulis

My Photo
Mahasiswa undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) Gombak. Berusia 20 tahun, amat berminat dengan sejarah, isu agama, isu fiqh dan isu politik. Tiada yang lebih bermanfaat, lebih baik berbanding ilmu yang bermanfaat.
Related Posts with Thumbnails