Dengan Buku, Luaskan Mindamu

Rasulullah pernah berkata: "Manusia itu diumpamakan seperti unta. Daripada 100 ekor unta, belum tentu ada seekor yang dapat dijadikan tunggangan". Tidak ada yang lebih baik dari 1000 perkara, melainkan manusia. Biar pun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, tetapi cita-cita manusia jangan pernah padamkan.

1.

Kiraan Pelawat

Blog Followers

3.

Salam semua. Lama gak x update ni..banyak busy la kat myLot. .untung btol...speaking2 sikit dh dapt duit..bgus2..mempersembahkan pantun kelakar!

KIRI JALAN KANAN PUN JALAN
TENGAH-TENGAH POHON MENGKUDU;
JANGAN KAU JALAN DI TENGAH-TENGAH JALAN,
PASAL DI TENGAH-TENGAH TU ADA POHON MENGKUDU.

KALAU ROBOH KOTA MELAKA,
PAPAN DI JAWA HAMBA DIRIKAN;
KALAU SUNGGUH ENGKAU BERKATA,
PEGILAH KE JAWA BAWAK BALIK KESEMUA PAPAN.

NASI LEMAK BUAH BIDARA,
SAYANG SELASIH HAMBA LURUTKAN,
MANA ADA ORANG MAKAN NASI LEMAK CAMPUR BIDARA,
SAYANG SELASIH PUN NAK KECOH-KECOHKAN??

DALAM SEMAK ADA DURI,
AYAM KUNING BUAT SARANG;
ORANG TAMAK TAK SEMESTINYA RUGI,
KADANG-KADANG DIALAH YANG PALING KENYANG.

MENGATA DULANG PAKU SERPIH,
MENGATA ORANG, DULANG KAU PUN PENUH PAKU SERPIH.

SIAKAP SENOHONG, GELAMA IKAN DURI,
BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA JADI YB.

LAIN PADANG LAIN BELALANG,
PADANG MANA KAU PEGI,SAMPAI KAU KENAL SEMUA BELALANG??

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI,
HUTANG EMAS KAU TAK BOLEH BAYAR,
HUTANG PISANG EMAS PUN KAU BUAT TAK RETI.

SORONG PAPAN TARIK PAPAN,
BUAH KERANJI DALAM PERAHU,
SURUH MAKAN DIA TAK MAKAN,
PASAL DIA DAH BEDAL BUAH KERANJI DALAM PERAHU TU.

KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT,
KAJANG HAMBA MENGKUANG LAYU,
DAGANG PAK MALAU DAGANG BERTEMPAT,
JOM PAK MALAU KITA MAKAN SATE KAT KAJANG TU.


Dermalah seikhlas hati:






Iklan Blog Lain

2.

Tentang Penulis

My Photo
Mahasiswa undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) Gombak. Berusia 20 tahun, amat berminat dengan sejarah, isu agama, isu fiqh dan isu politik. Tiada yang lebih bermanfaat, lebih baik berbanding ilmu yang bermanfaat.
Related Posts with Thumbnails