PetikanBuku: Buku Mampu Mengubah Dunia

Bagi Allah, dunia ini tidak bernilai lebih dari sayap nyamuk. Jika Allah menyamakan dunia ini senilai dengan sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak dapat minum seteguk air pun. (Hadis Nabi) Jadi, di manakah kedudukan kita jika lebih rendah berbanding sayap nyamuk? Di mana kedudukan anda?

Penaja 1:

Kiraan Pelawat

Blog Sama Pemilik!

Pengikut Setia

Jikalau anda minat sejarah, pasti anda pernah dengar kisah Tariq bin Ziyad bakar kapal di Sepanyol. Banyak buku2 sejarah dan buku2 sirah mencatatkan peristiwa ni, sampai ada novel pasal Tariq and his burning ships.



“Bakar kapal-kapal kita semua!” perintah Tariq bin Ziad kepada panglima-panglima tenteranya sebaik sahaja semua angkatannya mendarat di pantai itu. 
Panglima-panglima tentera tanpa membantah perintah Tariq bin Ziyad, terus membakar kapal-kapal mereka dengan pantas. Langit di kawasan laut menjadi gelap gelita dengan asap hitam bergumpal-gumpal keluar daripada kapal-kapal yang dibakar itu. Satu-persatu kapal yang terbakar itu tenggelam ke dasar laut. Kemudian, Tariq bin Ziyad memanggil semua anggota angkatan tenteranya berkumpul di hadapannya. 
Namanya tercatat dalam sejarah sebagai panglima yang menggerunkan pasukan tentera Sepanyol di bawah pimpinan Raja Roderick. Hingga kini, Gibraltar atau asalnya Jabal Tariq yang bermakna Bukit Tariq masih abadi di Andalusia, Sepanyol. Atas usahanya, kerajaan Islam al-Andalus bertapak di Sepanyol selama 781 tahun.
====
Pagi esoknya, sesudah sembahyang Subuh, panglima Tariq bin Ziyad memanggil pembantunya, Bakar semua kapal kita” katanya mengeluarkan perintah.
Ulang sekali lagi!” Mereka seperti tidak percaya dengan perintah itu.
“Saya perintahkan saudara membakar semua kapal kita!” ulang Panglima Tariq bin Ziyad.
Tidakkah itu membahayakan kita?”
Sekiranya kalah, bagaimana kita mahu berlayar pulang?” tanya salah seorang daripada mereka.
“Lupakan hasrat mahu pulang, kita datang demi mati syahid!” jawab Panglima Tariq bin Ziyad.
Anda boleh rujuk di internet atau mana2 buku mengenai peristiwa ini. Saya bukan nak menceritakan peristiwa ini secara lengkap. Apa yang saya ingin nyatakan, kisah ini kisah benar atau kisah dongeng?? Jeng jeng jeng

Menurut buku KISAH PARA SAHABAT YANG TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH karya Dr. Basri Ibrahim, m/s 58 menyatakan:






Kisah Tariq Bin Ziyad membakar kapal ni memang terkenal. Satu Malaysia dan satu dunia tahu Tariq bakar kapal perang laut sebagai motivasi kepada askar-askarnya. Tetapi mengikut kajian Dr. Basri Ibrahim, kisah itu tidak benar. Kajiannya itu telah dibukukan pada buku yang bertajuk "Kisah-Kisah Para Nabi Yang Tidak Boleh Dijadikan Hujah" terbitan Darul Nu'man.

Antara alasan utama yang dikemukakan oleh Dr. Basri bahawa kisah itu tidak benar ialah :

1) Tariq bin Ziyad tidak dapat mencari jalan pulang jika menang dalam pertempuran.

2) Kapal-kapal perang laut itu adalah hak milik awam, hak milik negara, maka Tariq yang bertaraf Panglima Perang tidak boleh mengeluarkan arahan demikian melainkan dengan meminta izin dari Khalifah yang mengetuai Kerajaan Pusat.

3) Kisah ini tidak dicatatkan dalam kitab-kitab sejarah utama. Sila rujuk gambar di atas.

Bukan Dr. Basri sahaja, bahkan Dr. Maza sendiri menyatakan perkara yang serupa. Menurut Dr. MAZA,

Salam semua, jom kita tengok apa isi kandungan dalam komik lucah yang baru2 ini kecoh di bumi Malaya. Buku Where Did I Come From.......


MUHAMAD Khairun menunjukkan isi kandungan sebuah buku ilustrasi yang mengandungi unsur seks pada sidang media, semalam.

Buku ilustrasi seks sasar kanak-kanak
Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO semalam mendedahkan wujud aktiviti mengimport dan mengedar buku ilustrasi seks di beberapa kedai buku di ibu negara tanpa kebenaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan sasaran pembacanya di kalangan kanak-kanak.


Bertajuk Where Did I Come From, buku berharga RM39.80 senaskhah itu memaparkan ilustrasi melampau menunjukkan hubungan kelamin, selain maklumat lengkap posisi seks tertentu dilakukan pasangan lelaki dan wanita dewasa sehingga berlaku proses kehamilan serta kelahiran bayi.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh, berkata hasil pemantauan mendapati buku setebal 44 muka surat itu diedarkan meluas di kedai buku di ibu negara tanpa pengawasan dan pemantauan pihak berkenaan, yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada keruntuhan moral golongan muda.

“Kehadiran buku ini di pasaran tempatan hanya disedari selepas kami menerima aduan seorang pengguna yang secara tidak sengaja membelinya untuk bacaan anaknya. Pemeriksaan lanjut mendapati kandungan buku itu, termasuk gambaran ilustrasi digunakan tidak bersesuaian untuk kanak-kanak.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati buku itu tidak mempunyai kebenaran pihak berkuasa, khususnya KDN, sekali gus menunjukkan ia dibawa masuk secara haram dari luar negara untuk diedarkan di Malaysia dan kita meminta siasatan segera dilakukan, sekali gus menghentikan pengedarannya,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Buku Where Did I Come From dipercayai mula dicetak pada 1997, dengan lebih dua juta salinan terjual di seluruh negara sejak 15 tahun lalu.

Khairun berkata, lebih mengejutkan terdapat petikan dalam buku itu menceritakan terperinci hubungan seks, termasuk perasaan dialami pasangan ketika proses hubungan intim berkenaan berlaku.

“Selain buku itu, kita percaya ada buku lain berkonsep sama di pasaran tempatan kerana sepanjang tahun ini, kami menerima beberapa aduan berkaitan tetapi tidak mempunyai bukti mengaitkannya dengan mana-mana pihak,” katanya.

-----

La.... buku tahun 1997 rupanya...dah basi dah pun. Bukannya cetakan 2007, tapi 1997...Sanggupkah anda berhabis RM40 untuk komik yang hanya 44 muka surat je?? Hehehe..Tapi apa isi kandungannya yang buatnya jadi kecoh? Betapa lucahkah?? Amaran....kanak-kanak jangan tengok gambar bawah!

Salam semua. Pernah dengar konsep 12 imam Syiah? Mazhab Syiah Imam Dua Belas mempercayai bahawa Allah SWT telah pun melantik 12 orang pemimpin atau Imam manusia sejagat. Mereka ini merupakan pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW. Perlantikan imam pertama, iaitu Imam Ali yang juga Khalifah Keempat Khulafa' Rasyidin diumumkan secara rasmi pada peristiwa Ghadir Khum dalam perjalanan pulang baginda ke Madinah selepas peristiwa Haji Wida'.

Potret imam2 Syiah:





Secara teknikal, 12 imam ini berasal dari jurai keturunan Rasulullah sendiri. Mereka merupakan keturunan Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahra (yang merupakan anak Rasulullah). Saidina Ali merupakan imam pertama, Saidina Hassan (cucu nabi) imam kedua, dan Saidina Hussein (cucu nabi juga) merupakan imam ketiga. Daripada Saidina Hussein lahir imam keempat, dan daripada imam keempat, lahir imam seterusnya sehinggalah kepada imam ke-12 yang ghaib. Syiah menyatakan imam ke-12 itulah Imam Mahdi.

Siapakah nama Imam Dua Belas?

1. Ali bin Abu Talib
2. Hassan bin Ali
3. Hussein bin Ali
4. Ali bin Husain (Zainal Abidin)
5. Muhammad bin Ali bin Hussin (Muhammad Baqir)
6. Jaafar bin Muhammad (as-Sadiq)
7. Musa bin Jaafar (al-Kazim)
8. Ali bin Musa (al-Rida)
9. Muhammad bin Ali (aljawad)
10. Ali bin Muhammad (al-Hadi)
11. Hasan bin Ali (al-Askari)
12. Muhammad bin Husain (al-Mahdi). Beliau hilang pada tahun 329 Hijrah

Syiah terlalu memuliakan 12 orang keturunan Nabi....
bagaimana pula dengan agama Sikh yang lahir selepas agama Islam?






Dalam agama Sikh pula, ada konsep "11 Guru". Tadi saya nyatakan Syiah berkonsepkan "12 imam". Sikh pula hanya ada 11 guru. Guru pertama Sikh merupakan

Salam semua.



Kalau seseorang ketua negara itu yang kerjanya adalah memerintah serta menguruskan negara dan dalam masa yang sama mengumpul harta yang teramat banyak, sudah tentu sumber dari mana datangnya harta itu menjadi satu persoalan.

Perasuah hanya akan digelar perasuah secara formal apabila ia didapati bersalah selepas diadili. Mungkin masih ada ramai lagi pemimpin yang rasuah yang mengaut keuntungan negara untuk diri sendiri di serata dunia, tapi jika tiada bukti maka selamatlah dirinya dari digelar perasuah di atas dunia ini.


Dalam sejarah, terdapat beberapa peminpin yang direkodkan jumlah aktiviti rasuahnya. Suharto menjadi orang yang teratas dalam senarai jumlah harta yang dikumpulkannya. Lihat senarai pemimpin di bawah diikuti dengan jumlah harta dikumpul:

Suharto, Indonesia - USD15 hingga USD35 billion
Ferdinand Marcos, Filipina - USD5 hingga USD10 billion
Mobutu Sese Seko, Congo - USD5 billion
Sani Abacha, Nigeria - USD2 hingga USD5 billion
Slobodan Milosevic, Yugoslavia - USD1 billion
JC Duvalier, Haiti - USD300 hingga USD800 juta
Alberto Fujimori, Peru - USD600 juta
Pavlo Razarenko, Ukraine - USD114 hingga USD200 juta
Arnoldo Aleman, Nicaragua - USD100 juta
Joseph Estrada, Filipina - USD78 hingga 80 juta

Rakyat negara Filipina adalah yang paling malang sekali apabila dalam top 10 pemimpin korup, pemimpin negaranya isi dua nama.

Suharto sudah tinggal kenangan, banyak harta yang dikumpulnya tetapi pasti satu senpun tidak dibawa bersamanya ke dalam kubur.

Salam, Syed Azharul

Penaja 3:

Promosi blog lain tajaan Gengcyber:

Penaja 2:

Nasihat !

Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita tak tahu

Semakin banyak yang kita tak tahu, maka semakin
bodohlah kita

Tak percaya jugok?
Blog ini ditulis oleh insan biasa yang mendapat sumber daripada buku2 ilmiah, ensiklopedia, dan internet. Penulis blog ini juga menambah unsur2 humor supaya pembaca tidak bosan hanya membaca fakta sahaja. Ini bukan buku teks SPM, ini bukan ensiklopedia Britannica tapi ini blog...blog PetikanBuku !

Subscribe PetikanBuku!

Borak!

Tinggalkanlah komen ya.. and jenguk2 blog ni selalu. Pastikan anda letak CAPTCHA selepas enter komen anda. Jangan lupa, nanti komen anda tak kuar! Thanks
Mulai tahun 2011 ini, saya ingin berazam 90% kandungan blog saya pada masa akan datang merupakan hasil karya saya sendiri yang digarap daripada sumber yang sahih.

Arkib Blog

Tentang Penulis

My Photo
Sebelum baca, aq nak ingatkan, kalau rasa tak betul, betulkan.. jgn hanya kata tak betul, tapi tak bgtau yg mana betul.. takut otak mu sendiri jd tak betul..

Blogz Menarik

  • Nabi Muhammad SAW penutup sekalian Nabi dan Rasul. - سمــــــــــم الله الرحمن الرحيم مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللهُ بِكُلِّ شَ...
    2 weeks ago
  • Koleksi Buku Saya Baca Februari 2012 - Salam semua. Lama tak update, mana taknya. Buku2 yang dibaca masih betenggek-tenggek. Banyak lagi tak habis. Kalau dah habis baca, insya-Allah saya update ...
    3 weeks ago
  • 74 Maut Rusuhan Bola Sepak Di Mesir - Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dalam rusuhan - paling buruk dalam sejarah sukan Mesir - membabitkan peminat bola sepak di bandar Pelabuhan Said, de...
    3 weeks ago
  • Tujuan. - Salam, semoga hidup anda lebih hebat dan semakin bertambah hebat. Nampaknya, inilah post pertama yang saya tulis pada tahun ini. Hihi, sudah agak lama juga...
    1 year ago
  • Murtad : Jangan Pandang Sebelah Mata - Assalamu'alaikum. * * * * **Masa on the way balik dari Plaza Damas,kawan baik saya Fauwaz ceritakan pengalaman dia bergaul dengan orang-orang tabligh.Mas...
    1 year ago
Related Posts with Thumbnails

Baru Skodeng Sini Tadi..